CG KITA

AvatarJIWA MERDEKA MINDA TERBUKA

Cun dah tu

Assalamualaikum wbt

Bagi pihak rumah hijau,
permintaan tuan rumah diterima tanpa bangkangan.
cun dah tarikh tu..
sebenaqnya,
bila2 pun tak pa
janji semua ada dan semua happy..
maka adegan gusti
antara ayam slim dan itik come lote dapatlah disaksikan oleh sekalian rakyat adanya.
maka akan gamatlah tepuk sorai..
maka melokeklah dalam hati selama2nya.

wassalam.

Orang baik camtulah......

Assalamualikum,

Ado ko ayam-ayam paham maksud se?

Se bulih jadi tuan rumah sebonar-bonar eh, tapi bulan 2 tahun 2010.

Apo sobab eh semuo Afundi se untuk bulan 12, 2009?

Kalau bulan 2, 2010.....se jamin semuo ayam-ayam akan menotap kat Nogori Beradat, Orang Berzakat.

Wassalam....

Negeri Beradat Orang Berzakat

Alahai,
Negeri beradat, orang berzakat,
jomput tamu datang,
lopeh tunjukkan tompek,
tuan rumah poi makan angin....

Negeri cantik, budaya menarik, orang BAIK,
tamu tak nak datang rumah,
kerana masa yang singkat
dan kerana nak shopping ,
dek kerana orangnya BAIK,
dijamu jugak walau nasi ayam,
kat Pasar kedai Payang,
dihantar jugak sampai ke bas.....

Keputusan sendeng.......

Assalamualikum,

1. Okey la......se takdo berdolak dalih...Hidung, telingo, rambut, semuanyo dah dah dijahit dengan kotat (ketat) .... se dah bayangkan tompek eh.....jeng...3x Homestay D' Kok, Kuala Pilah.

2. Di sanun, mak-mak ayam kono masak sendiri. Poti ais ado, dapur ado, dewan makan ado, tompek berkayak ado....(Che Eda, tak tau muek ko tidak dalam kayak). Kalau musim buah, buah eh kito buleh ambil.

3. Se tunjukkan tompek, lopeh tu.....se ke Bukit Tinggi.....Jangan mare.....


Wassalam, 11.45 pagi, Sabtu.

Demam pilihan raya ka..

Assalamualaikum.

Sah...satu pilihan raya kecil telah dikenal pasti
Penamaan calon bila-bila masa sahaja akan diumumkan

Harap semua pengundi dan calon yang bertanding bertenang!
cool gitu...

suatu jawatankuasa bebas akan dibentuk
pemilihan akan dibuat secara demokrasi
bersih daripada rasuah

kempen diteruskan sehingga semua ayam selesai mengundi.
undi jangan tak undi..

Tak De Undi Rosak!

Jangan pandai2 nak rosakkan undi, kita dah chek, tak do satu pun yang rosak. Semuanya pangkah dengan betul.

Tak de nye ketulahan, orang terengganu semua dah masuk suku, kira suku belah Tengku Ampuan Besar, bukan setakat stadium, istana seri menanti pun boleh masuk.

Takutlah tu....................., kalau agak-agak takut tercabut idung, baik copek-copek gi beli gam gajah, tampal kemas-kemas.........................

Undi tak percayo......

Assalamualaikum,

1. Macam mano ayam Terengganu kiro? Undi rosak pun masuk dalam poti dio! Chendeke (tak aci).

2. Tahun ni buek kat rumah Che Eda la.....ponek membosarkan rumah, membeno tiang tak bengkok.......apo lagi?

3. Bagi lah se kelonggaran, tahun dopan tu maksud eh....bulan 2 pun ok. InsyaAllah.....Se takut nak bawa poei kolam ronang tu....Che Eda masuk yo (= je) koring kontang air....Stadium tu lak khas untuk orang yang masuk suku yo.....kalau tak.....ketulahan!

4. Ok chaw.....ado taklimat.....

Wassalam, 12.05

sambungan..

...salam renunion

cek setuju sangat kalau rumah sebelah stadium tu jadi pusat ayam2 berkumpui..selain akan ada swimming pool, sebab2 utamanya ialah:
1. sebagai orang paling tua sesuailah dikunjungi..tanda hormat.
2. dapat atasi segala masalah mak daro, abang mak daro dan anak2 daro yang bermasalah nak berkunjung ke rumah2 ayam yang lain..
3. mendapat undian paling banyak setakat ini..

kalau taun ni tak dak sponsor, tangguh taun depan tapi biaq awai taun, kot akhir taun banyak rancangan.. so nak keluaq negara ka nak keluaq planet ka, ikut pandai la..reunion di alam maya la kot kita taun ni no..

...mak cik sari sibuk memasak kot..sambei2 di dapoq tu habaq mai la lagu mana nak sattle ayam2 had galak nak bergusti ni..la ni ayam2 muda dok tunggu cadangan cek sari sorang ja lagi..bawak2 la berkokok ka berketuk ka..

mak daro oi, jalangkan lagi bahasa nogori hang tu.. cek pun poning dah pikiaq makna perkataan 'yo' tu.. apa sinonimnya?

...musim ayam2 berendam pulak, itik puaih dah kot.

sekian, wallahualam.

kena beratuq la pulak

Assalamualaikum wbt.

Untuk renion, rumah hijau no problem tapi kena la ikut giliran, tak leh potong line nanti kena potong kepala..kalau rumah sebelah stadium tu cek berkenan sangat..yang penting ada swimming pool..musim ayam2 pulak berendam, itik puaih dah kot..
Kalu mak daro taun depan, cek eda kena taun taun depan la no.

kena stop sat, ayahandaku mai..

Tahun dopan pun tahun dopanlah

Assalamualaikum wmt wbt.

1. Tahun dopan pun tahun dopanlah...
2. Bagilah peluang kat tuan rumah nak ubahsuai mana yang patut. Maklum all d ayams dan all d anak ayams akan kumpul, rebannya nak kenalah sesuai dan selesa.
3. Satu lagi sompeklah abang mak daro buekkan kolam renang kek dopan rumah tu, kalau tak kesian chek eda..
4. Baguslah, tuan rumah baru balik dari Indon, so mesti tahun ni tema Indon pulak. Tahun lepas dah tema padang pasir...
5. Tima kasihlah kerana tak lupo pada akak anak beranak, akak chek balik, kalau akak dapat pergi awal, bulan 12 tu dah balik dah kot..
6. Mentang-mentanglah badan dia tu memBESAR bagai johan, diajaknya kita bergusti. Sah-sah nak menang percumalah tu, maklum kita yang slim ni mesti kalah dengan dia yang ala-ala tak berapo nak slim tu..
7. OOOPPS! Mengutuklah pulak............................................Mintak mahaplah banyak-banyak yo....

mengutuk yo.....?

Assalamualaikum,

1. Se ingatkan bilo se sonyap, orang perasan la se kocik ati sobab kono kutuk. Ruponyo....bertambah lak ayams yang tumpang sekaki mengutuk itik...Tak apo, ado ubi, ado bateh.......

2. Se sanggup jadi tuan rumah tapi tahun dopan.

3 sobab kenapo tahun dopan :

1. Bulan 12 ni se nak ke Indon (IsyaAllah)......berehat sepueh-puaenyo....

2. Bulan 12 jugak, maso se memerikso kertas (maso lamo lamo lah.....mesyuarat dengan bapak buah dan anak buah). Se dah plan lamo...

3. Se nak jumpo na dengan Akak Nani, kok dio takdo.....tak dapek se bergusti....


Sekian

RE UNION 3

ASALAMUALAIKUM

Tempat kira Ok, sebab ada alasan munasabah.

2. Menu tuah rumah tentukan. Acara, main je golf, tuan rumah sponsor.....hahhahaha

3. kalau tak muat sewa je stadium paroi tu....tak runtuh Insyaalah...

4. Maslah abg daro....susah nak cakap. Lain rambut lain warna. lain padang lain belalang. ayam sama jer....

5. Cadangan boleh dibawa ke bini tuo...biar ayam bini tuo cadang...cadang dan setuju.

6.Tarikh...tak mesti tahun ini....tahun depan pun ok...sebab naknyer ada belaka....baru ada kick...

7. So menu...tak kisahlah...bukan tujuan nak makan pun...dah lama makan pun banyak dah....hahahah

8. Kenapa org bawah bayu sonyap sopi....satu malaysia punya hal ker...


wasalam

Reunion Datang Lagi...Part 2

....jangan lupa pencuci mulut yang akak siap bagi resepi tu...puding raja, akak boleh sponsor pisang lemak manis terengganu dan jala mas untuk Chek Eda kalu nak buat...

5. Alasan akak berkaitan tempat yang dicadangkan
1. kesiankan mak daro, kalau jauh susah mak daro nak poi,
2. kesiankan abang mak daro dahlah TUO, pengeTUO lak tu, mana boleh join hu ha hu ha
orang mudo macam kita
3. kesiankan abang mak daro, kalau jauh-jauh nanti, tertinggal idung lagi, susah nak pusing
ambik, tak beridung nanti
4. kesiankan abang mak daro nan pemalu, kalau dokek tompek sendiri tentu tak sompek
nak malu...
5. kesiankan anak-anak mak daro yang tak pernah mengenali anak-anak ayam yang lain..

6. Chek Eda jangan bimbang, kalau rasa nak berenang, mintak abang mak daro sediakan kolam
renang plastik kat depan umah tu nanti, akak boleh sediakan swimming trunk muslimah yang akak beli dan tak pernah guna sekali pun lagi...

7. Tempat yang akak cadangkan ni pun kira ala-ala center lah jugak, approachable, raso akak, semua mampu sampai, tak kira dari utara, selatan, timur, barat, atas angin, bawah angin...

8. Akak harap seme setuju terutama tuan rumah.............nilah maso eh nak perkenalkan NEGERI BERADAT, ORANG BERZAKAT...

Wassalam..

Reunion Datang Lagi...

Assalamualaikum wmt wbt.

1. Reunion bakal datang lagi.....
2. Akak pun teringin nak bagi cadangan walaupun akak mungkin tak dapat sertai sama tahun ni...
3. Reunion 1 dan 2 dah mengumpul dan menyatukan kita semua kecuali Mak Daro n family.
4. Justeru, untuk memastikan Mak Daro tidak meleleh air liur dan mengigau siang malam mengenangkan kemeriahan reunion kita, maka ini cadangan akak

Tempat : Sebuah Rumah Di Sebuah Taman di Pnggiran Stadium Paroi
Tarikh : Macam tahun lepas, December
Menu : Seperti cadangan Chek Eda (sudah tentu ditambah menu spesil tuan rumah, apo
laei, masak lomak lah)

Reunion 3...cadangan dibuka

Assalamualaikum wbt.

Untuk reunion 3, semua ayam diminta membuat cadangan dan undian akan dijalankan..
cadangan hamba:
1. Tempat : yang santai dan cool.. contoh, kat tepi laut / tepi pantai / kat ayaq terjun..kat mana2 pun tak pa asai ada ayaq. Pak Aji sambei jalankan tugas tu tolong survey kawasan ayaq yang sesuai untuk ayam2 berkelah..
2. Masa : cuti bulan 8 posa, cuti bulan 12 la kot
3. Menu : soto mak cik sari wajib..he he..ayam2 yang lain sedia menu masing2 sorang satu..cek nak masak tempe..

sekian, wassalam.

Reunion......

Assalamualaikum,

Se cadang bulih.....tapi nak poei bolum tontu.......Abang se ni tak faham se.....walaupun dah 21 tahun serumah, sebantal, sesudu......masih ado yang tak difahami.....Setakat ni andaian se, dio raso, dio paling tuo.....!

Cubo kat Bangi atau Kajang? Atau di UKM.....uuhhh ...banyak nostalgia!

Dokek, mako sonang se nak drive.....

Wassalam....Mak Daro

Di mana jua ada kita

Asalamualaikum
kini se tak ok di mana jua,,,celcom bantu.
Maka bisa aje memantau pejuang
Dan InsyaAllah bertambah lagi tetamu Allah kot...confirm dah dr senarai menunggu..jgn buat pasai beradik lagi.....

2. Mak Daro terliuq tau nak adik...cubalah. Ke sari pun sama....kah kah kah

3. selamat datang ke destinaasi terbaru zooom malaysia...stadium runtuh terngganu. hahahahhaha

4. Sekolah buka, se masih cuti tapi di pantai merang ler habiskan masa.....tugas negara...mai sapa nak join...

5. Ada ide untuk reunion....cadanglah

wassalam

Logo raso ehh.....jumpo kunci.....

Assalamualaikum,

1. Gelojoh se menulih bilo dapek blog mudo ni. Dah lamo jual mahal.....



2. Che Eda berbakat menulih sajak....tapi podih kalau dibaco dek orang yang terkono lubang idung eh...Tak sangko toruk runtuhan tu kan? Tak yo sodar-sodar lagi manusio rakus dengan kekayoan dunio.....



3. Akak Nani, kok itu yo sobab eh....InsyaAllah bosar peluang tu. Tapi kok beradik lagi....mu cari nahas la.....Se dah bosar hati bilo ramai kawan-kawan kito dah berjayo ke bumi Allah.



4. Kalau ado umur, 2012...se lak menyusul.....harap-harap ado umur lagi......



5. Mas Aji, lum naik ke darat lagi?



6. Sari, sibuk lagi? Se tongah domam ni....asyik minum ais jo...mano tak batuk? Tokak dah lamo pakai! Omak se pun domam juo...tu lagi se risau......



Wassalam....daripado Mak Daro

Ramai yang mati dek runtuhan

Assalamualaikum wbt. dan salam keinsafan

Sajak Hari ini dalam sejarah
nukilan kuejueaeis

Tahun lepas
Sukma
akulah juara
tahun ini
aku menjadi
hari ini dalam sejarah..

Tahun lepas
aku begitu gah
tahun ini
aku rebah
lalu menjadi
hari ini yang parah

Tahun lepas
bersorak sedap
tahun ini
rranap
akibat makan suap
itulah signal lip lap lip lap

Tahun lepas
slogan bergema
hidup ganu!
hari ini
slogan terlena
mati belaka
mati jiwa raga
mati akal budi
dek nafsu haloba
para materialisme

HIDUP ISLAM!
selamat bermuktamar
Insya Allah jumpa di SA.

Runtuh dek kerana runtuhnya keimanan


















Lihatlah dunia, bukti keangkuhan dan kerakusan manusia-manusia yang sudah hilang kewarasannya, runtuh keimanannya dan mati jiwanya



Doakan............

Assalamualaikum wmt wbt

1. Akak nak kongsi sikit berita gembira.
2. Baru-baru ni akak sedih, apa tidaknya, dapat surat daripada tabung haji kata akak dan roommate tak dapat tunaikan haji tahun ni.
3. Jadi nak menjawab pada Mak Daro ni, masa akak tulis tu akak tak dapat pegi tabung haji tolak ye, bukan beradik lagi. Insyaallah setakat ni Danish masih lagi kekal bongsu....
4. Alhamdulillah, Khamis baru ni akak dapat surat kedua dari TH kata akak dalam senarai menunggu. Mudahan makbul doa akak akhirnya nanti.
5. Akak mohonlah semua suku sakat Cg tolong sama-sama doakan agar hasrat akak dan room mate dimakbulkan Allah tahun ni ya. Tak tertanggung dah rindu dihati nak mengunjungi Baitullah dan Masjid Nabawi.
6. Pakat-pakat doa ya semua sekali. Amin ya Rabbal Alamin.
7. Manohara dah jadi huru hara. Dunia....dunia....Apa komen Mas Aji? Ada kot peluang....
8. Penanti dah selesai...jumpa di Kelatelah pulok kito...

Wassalam