CG KITA

AvatarJIWA MERDEKA MINDA TERBUKA

yolah...yolah....apo-apo ajolah.....

Pantun tak berapo nak seloko

Tak kusangko, compodak jadi nangko
Boyo (buayo) jadi nago
Kaco jadi tembago
Blog bermadu duo!

Bergorak bilo dicuit
Teraso bilo dicubit
Berdotik bilo diusik
Bongang (bengang) bilo dijontik

Meriah dan cerio
Pokok pangka dek kito
Orang nogori ado duo yo pokok...
Pokok dek kau, pokok dek den... (duo rangkap ni interframe je)
Mako....tokan-tokan mesti berdorau kato-kato
Hati menyongeh membaco
Bibir menyeringai suko
Silap-silap berair mato
Mako.....lokeh-lokeh (cepat) memotik kato-kato


Bravo daripado Mak Daro.....

yang tua dihormati yang muda disayangi

Assalamualaikum wbt
salam sayang..hee

seloka 1
Siti hajar berhijrah jauh
ditinggalkan pula
nun di tengah padang pasir
panas lagi terik, kering lagi kontang
maka
beberapa purnama
tiada khabar berita

seloka 2
Siti sarah kembali ceria
mendapat perhatian para blogger
menghayati ramadan dan syok beraya
disusuli rasa cemas anak-anak periksa
disulami cerita cuti-cuti malaysia.

seloka 3
Namun
kerana ada yang setia
kerana yang merajuk ada yang memujuk
dan
kerana yang di tingkat enam tidak peduli pulangnya jam lima
maka dijenguk siti hajar
masih bernafas rupanya!
dan
air memancut-mancut di kakinya!
maka
akan meriahlah dan cerialah kembali
hendaknya siti hajar yang kita sayangi.

seloka 4
Sesungguhnya
munkar nakir akan tetap bertanya
kerja buat kita
maka
hormatilah yang tua
sayangilah yang muda
kerana kedua-duanya adalah wahana kita
dan generasi anak cucu cicit kita
Insyaallah.

nukilan : chek aeis

Sape kate dok setie?

Sape kate dok setie?
Berani betul Mak Daro berkate-kate,
Cakak siang pandang-pandang,
cakak malang dengo-dengo,
cakak di blog, jangang maing-maing,

Nati, kalu ada yang mengamuk,
mak daro dok jjadi daro,
abang misai hilang misainya,
mira idora memang doh hilang ta marbutohnye!

Nok tengok je,
lepah ning, Blog Mude ke blog tue hok tetak merioh,
ape kate kalu kite buke keahliang blog mude ni
kepade semua ayam yang laing?
Berani?

setio ko tu....?

Cerito 1

Pasang duo, tigo, ompek...
Takdo masalah
Nak ikut sunah Nabi
Dapek pahalo

Ingatlah.....
Yang tuo, jangan dibuang
Ikut caro Nabi
Kesian kat jando-jando
Bukannyo kojar anak daro

Cerito 2

Merajuk se, ado yang memujuk
Setio akak macam sekali sekalo jo
Kunci yang hilang silo di duplicate
Yang sibuk, lapang-lapangkan maso
Yang Tingkatan 6, pedulikan... tak ditanyo
dek mungkar dan nangkir.....

Nak kato sajak, bukan.....gurindam pun bukan....ntah apo-apolah ni.....

Adat Dunia...

Assalamualaikum wmt wbt

Adat dunia,
baru dapat, bukan main lagi,
hari-hari,
berebut-rebut,
masing-masing nak kongsi cerita,
nak share idea,

Bila dah lama,
Tak de siapa lagi yang nak menjengah,
Balik asal, Blog Tuo jugak yang jadi rebutan,
Jadi renung-renungkanlah,
kalau berhajat nak buka cawangan ke,
nak tambah ke, atau apa saja yang sewaktu dengannya,
kenangkanlah nasib yang dialami Blog Mudo ni,
Mak Daro dah merajuk,
Chek Eda pulak, tau sajalah, orang Tingkat Enam ni,
la ni akak dengaq pukoi 5 baru boleh balik rumah,
Mas Aji memang tak usah ceritalah,
banyak sangat urusan yang tertanggung di atas batu jemalanya,
Mak cik Sari? Hilang kunci katanya,
tak jumpa-jumpalah tu. .....................

Last-last akak jugak yang setia,
Jadi, akak nak tengok, sape lagi yang setia
macam akak ni...............