Apapun menyahut seruan agar mejengah blog kita. Bubuhlah apapun namanya... yang pasti kita terus ceria. Tak ada yang terasa, terguris dan apa-palah ter nya. Saya menyokong tanpa bantahan. Bukan pak turut @ mak turut, sekadar tidak mahu mengeruhkan suasana dan tak serabut kepala, atau tak berkerut muka (dah 44 tahun ni...umuq).
Saya suka color hijau epal ni. Tenang dan mendamaikan walaupun bak kata Akak Nani hambatan masa di rumah dan sekolah..Tujuh hari seminggu ke sekolah. Alhamdulillah diberikan Allah kesihatan yang baik setakat ini. Bagaimana dengan anakanda Ainaa?Moga cepat sembuhnya. Tiap sesuatu itu ada hikmahnya. Yang penting sabar dan redha.
S tu saya ke? Kalu di sekolah kod saya SS.Satu-satunya.Angah dah boleh menggodam blog baru?Jom kita gebang-gebang. Macam dulu-dulu tanpa ada yang terasa...
Jumpa lagi. Rindu dengan Dr Azza dan Cik Jah kita. AWAT HANGPA SENYAP SEPI?
0 comments:
Post a Comment