CG KITA

AvatarJIWA MERDEKA MINDA TERBUKA

yang tua dihormati yang muda disayangi

Assalamualaikum wbt
salam sayang..hee

seloka 1
Siti hajar berhijrah jauh
ditinggalkan pula
nun di tengah padang pasir
panas lagi terik, kering lagi kontang
maka
beberapa purnama
tiada khabar berita

seloka 2
Siti sarah kembali ceria
mendapat perhatian para blogger
menghayati ramadan dan syok beraya
disusuli rasa cemas anak-anak periksa
disulami cerita cuti-cuti malaysia.

seloka 3
Namun
kerana ada yang setia
kerana yang merajuk ada yang memujuk
dan
kerana yang di tingkat enam tidak peduli pulangnya jam lima
maka dijenguk siti hajar
masih bernafas rupanya!
dan
air memancut-mancut di kakinya!
maka
akan meriahlah dan cerialah kembali
hendaknya siti hajar yang kita sayangi.

seloka 4
Sesungguhnya
munkar nakir akan tetap bertanya
kerja buat kita
maka
hormatilah yang tua
sayangilah yang muda
kerana kedua-duanya adalah wahana kita
dan generasi anak cucu cicit kita
Insyaallah.

nukilan : chek aeis

0 comments:

Post a Comment