Assalamualaikum wbt.
1. Selamat bercuti buat ayam2 muda yang bergelar cikgu dan separuh cikgu.
Cikgu Sari, cuti pi mana? Indonesia? Jangan lupa ole-olenya ya buk..
Cikgu Angah.. tak cuti, nak cuti, dah cuti, cuti puaih2 na..jaga anak dan rumah tu molek2.
Cikgu eda.. syoknya cuti, relakss otak cek..
Teacher Nani.. yang pastinya cuti ini paling bermakna paling berharga, berlipat ganda pahalanya..Insyaallah mendapat haji mabrur.
Pak Aji..tumpang cuti mak aji pun kira ok la..raya korban di mana? Bukit Raya ka? Line clear, mai la beraya haji di rumah hijau.
2. Buat anak2 menakan yang ambik UPSR, Tahniah diucapkan! Cek sari takkan senyap ja kot..habaq mai la, kongsi2 berita gembira tu..
3. Anak2 cek nani alhamdulillah.. si Daniel dok jumpa di sekolah, baguih, semangat budak tu jawab SPM.
4. Nampak gayanya blog muda ibarat hidup segan mati tak mahu.. apatah lagi time cek nani pencen buat sementara waktu ni..nasib kau la labu..tapi nasib baik ada lagi yang masih setia mematuk dan mencatuk..kan angah.
5. Lastly, Selamat Hari Raya Haji buat semua yang masih setia dengan blog cgkita (termasuk yang skodeng):
Renung2kanlah pengorbanan besar Nabi Ibrahim as yang dilakukannya terhadap anak kesayangannya Ismail..fikir2kanlah dan banding2kanlah dengan diri kita..moga kita mendapat pengajaran dan keinsafan..wallahualam.
Di sini kesetiaan teruji..he he
Di sini kemaafan dicari..
dari cek aeis
wassalam.
0 comments:
Post a Comment